ILMU ADA DISEBELAH KITA.





الحمد لله ربّ العالمين....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...

Selamat Pagi di tiupkankan ke seluruh pelusuk jiwa manusia,terutamanya para pengunjung yang tidak pernah “mengunjung” blog ini..kesempatan dalam musim cuti ini wajib di isi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah,bukan hanya untuk seronok-seronok je.

Saya wajib mengisi cuti saya yang berbaki 2 bulan lebih dengan benda-benda yang mendatangkan faedah buat diri saya,masyarakat saya,agama saya&Negara saya.Tapi apa yang saya perlu lakukan??Ini lah yang saya fikir ketika masa ini pun..alhamdulillah,saya jumpa jawapannya : ILMU.

Erm, sebenarnya sudah lama jumpa jawapan tersebut..sekarang fikir bagaimana nak cari ilmu??susah sangat ke..??perlu ke saya ambil kelas tuisyen @ kelas memasak..??Bagi saya tidak perlu..Jawapan Anda?? Jom Kongsi di sini.

ILMU ADA DI SEBELAH KITA.

Tercari-cari pengunjung blog ini..tengok kiri,kanan.depan.belakang tengah mencari ILMU…ada tak..??pasti ada !!! yang pasti.saya ingin kita semua sama-sama pikiq dan mencorak ilmu yang ada di sebelah kita.

Ada juga setengah orang mengeluh apabila tidak dapat peluang belajar(katanya)..tapi yang lebih teruk,yang memang tiada sikap peka terhadap ilmu(katanya juga).

Orang yang tidak ada usaha untuk mencari ilmu dan pengalaman dalam hidup bagaikan orang yang jahil dan menjadi musuh pada kejayaan di hadapan mereka.Membiarkan hari-hari indah yang dicipta oleh Allah tanpa mempelajari sesuatu yang baik yang perlu dikutip dan disemai.

Anda kenal Tony Fernandes (tauke air asia)..??,katanya setiap beliau bangun di pagi indah dengan impian yang ingin beliau jadikan kenyataan.Hasilnya,kita dapat tengok air asia melangkah dengan langkahan yang begitu luas,dengan adanya TuneTalk,TuneHotel dan lain-lain.

Bagi saya,Alhamdulillah dengan rasa rendah diri..saya usaha untuk isi masa saya dengan sedaya upaya mungkin.Bermulanya cuti,saya mengorak langkah ke beberapa Bakul yang ingin saya kutip hasilnya.Antaranya :

22-24 MARCH 2010 – Ke Kuala Lumpur,bersama dengan keluarga terdekat dan mengunjungi Pameran Buku Antarabangsa di PWTC..dapat juga lah saya melabur dalam 3 buah buku( Bisnes Rasulullah, في قواعد الاعراب الطلاب تدريبمرشد الطلاب الى النّحو والاعراب , ).

25-31 MARCH 2010 –Ke Sabah Negeri Bawah Bayu,Bertemu dengan adik-adik di SMKA TUN AHMAD SHAH,INANAM,SABAH ( akmal,faiz,aziz,hidayah,subaihah,madihah,abidah,khadijah) selama 3 hari 2 malam.



After that,lawatan sambil melihat ciptaan Allah di pergunungan kinabalu Kundasang,poring port in Ranau,Teluk Likas,Matahari terbenam di Tanjung Aru.Menziarahi family sahabat syukur di Tuaran,Melihat gelagat manusia di Pasar Philipine,Kota Kinabalu City & sekitarnya.dan jangan ketinggalan gelagat APIUMNP STUDENT apabila di luar bumi tarbiah Nilam Puri(macam kena peyakit kencing manis).Selama 4 hari 4 malam.


4 APRIL 2010 – Menziarah my old school,Maahad Muhammadi Rantau Panjang (MMRP)..mengimbau kenangan bersama sahabat perjuangan dan Ibubapa pendidik ku..banyak yang berubah..pelajarnya memang berubah,gurunya tetap berubah..After that,menziarah MUROBBATI di Pasir Mas…dengan keadaan uzur tetap juga menerima kedatangan kami..semoga ibunda sembuh secepat mungkin untuk memimpin kami dalam gerakan islam.

6 APRIL 2010 – Menghadiri taklimat di urusetia penerangan negeri(pusat kajian strategik) bagi projek buku “membangun bersama islam”..alhamdulillah.dapat kontrak mencari bahan untuk pembukuan buku tersebut.

9-10 APRIL 2010 – Sama-sama memeriahkan program masyarakat bersama kelab haluan kerjasama kerajaan negeri Kelantan di Masjid Jubli Perak(masjid Beijing) dengan pelbagai aktiviti,antaranya : Kuliah dhuha,ceramah&pemeriksaan kesihatan.Forum Perdana,Pemeriksaan Kesihatan Tradisional Islam dan pelbagai lagi!!!.

p/s : saya juga “salesman” di kedai ibu saya sepanjang cuti ini.dan insyaallah akan bertolak ke china pada 25 APRIL 2010 untuk lawatan ke sana di bawah tajaan Mr.Yusuf Han”(Tauke muslim china) selama seminggu lebih.

( Mutiara a.l.a.m.i.n.d.a : )

Allah telah menjelaskan dalam ayat 39 surah an-najmi yang bermaksud “Sesungguhnya seseorang itu akan dapat apa yang dia usahakan.”

Dengan keyakinan pada Allah,pelbagai amanah akan kita dapat lunaskan dengan bantuan keluarga, sahabat.

Setakat ini sahaja Kongsi Pengalaman a.l.a.m.i.n.d.a ,alami lah “Orang yang gagal berbincang mengenai orang lain.Orang sederhana suka berbincang keadaan sekitarnya sahaja.Orang cemerlang suka berbincang tentang isu dunia dan dapat mengubah dirinya dan dunia.


"Model Muslim Sport"

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to Feed


a.l.a.m.i.n.d.a. h.i.w.a.r


ShoutMix chat widget

Singgah

Followers

 

About You!

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Cras id arcu nulla. Donec eu risus nisl, id cursus justo. Proin non mauris enim, eu suscipit libero. Fusce eget nunc nibh. Integer elementum consectetur sagittis. Quisque adipiscing auctor risus, id vulputate eros auctor vel. Vivamus pellentesque arcu vel libero eleifend sed aliquam

Free CSS Template by CSSHeaven.org TNB