PermulaanKu berDAKWAH di SABAH bah!


Selama seminggu.saya berada di sabah bermula dari 25-31/april/2010.
Nantikan Kisah Saya di sabah bah!

Dari a.l.a.m.i.n.d.a.

Leia Mais

Jemaah IPT: Bakal Kepimpinan Yang Sentiasa Diperhatikan Illuminati



Tiada lah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan Jemaah Harakah Islamiyah .

Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuanhan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.

Persoalannya sekarang mengapa ahli Jemaah sangat merbahaya kepada Illuminati?

Mahasiswa yang berjemaah tidak sama intergriti intelektualiti nya dengan mahasiswa yang tidak berjemaah walaupun kedua-dua mahasiswa tersebut berada di bidang Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. Mahasiswa yang memperjuangkan Islam tanpa menyertai jemaah umpama seorang Muslim yang bersolat seorang diri di dalam masjid.

Menurut bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Allahyarham Dr. Mustapha Masyur, kerja-kerja secara berjemaah adalah wajib;

“Oleh kerana bagi mencapai tujuan yang besar ini (jihad) merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya, dan tidak mungkin dicapai kecuali dengan berjemaah dan kerja-kerja jemaah, maka kerja berjemaah ini menjadi wajib.”

(Mustapha Masyur, Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah, hlm 7)

Perjuangannya mungkin kelihatan murni dan benar tetapi kekuatan dan keampuhan perjuangan itu kurang keberkesanannya dan mungkin hanya akan berlegar di dalam diri sahaja. Berbanding dengan mahasiswa yang berjemaah, walaupun teramat kecil bilangannya tetapi wadah perjuangan dikawal bai’ahyang mengikat persetiaan hidup dikalangan ahli-ahli jemaah.

1. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai hierarki kepimpinan yang sangat sistematik walaupun tidak direkodkan seperti perlantikan Ketua &timbalan, Naqib dan Naqibah bagi sesuatu kumpulan-kumpulan kecil.

2. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai sistem pembelajaran ilmu Islam yang tersusun melalui usrah-usrah di peringkat kelompok, Kolej dan IPT. Selain itu, jemaah juga perlu menghadiri tamrin-tamrin yang dijadualkan oleh para pimpinan atasan.

3. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai ikatan persahabatan seumur hidup berasaskanbaiah yang diucapkan.

Namun begitu, muslim tanpa menyertai jemaah ada peranannya tersendiri mengikut kemampuan yang ada. Manakala muslim yang berjemaah tetapi akhirnya meninggalkan perjuangan selepas tamat pengajian adalah lebih mengaibkan kerana ia bisa saja melunturkan semangat ikhwan-ikhwan di dalam jemaahnya.

Kepimpinan Illuminati Adalah Golongan Intelektual

Di dalam Illuminati sendiri, golongan yang mempelopori gerakan itu ialah bekas-bekas pelajar universiti dari pelbagai bidang. Hatta sejarah Illuminati sendiri, jika dilihat ianya juga ditubuhkan oleh golongan berpendidikan iaitu Dr. Adam Weishaupt yang berpendidikan Undang-Undang malah menjadi profesor undang-undang di Universiti Ingolstadt, Jerman.

Tidak ada kepimpinan di dalam Illuminati mahupun secret society yang lain seperti Trilateral Commission, Bilderberg Group, Club Rom, Skull & Bones dan sebagainya mengambil individu tidak berpendidikan untuk menerajui organisasi.
Individu yang berpendidikan atau berilmu sangat tinggi nilainya malah Allah sendiri berfirman tentang orang-orang yang berilmu bahawasanya;

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”

(al-Mujadalah: 11)

Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan;

“Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan.”

Pensyarah Berjemaah Sentiasa Diperhatikan Musuh Islam

Walaupun pada hakikatnya jemaah-jemaah di IPT diuruskan secara total oleh mahasiswa tetapi musuh-musuh Islam tahu pendokong yang membantu dari belakang ialah para pensyarah yang berfikrah Islam. Golongan pensyarah sentiasa diperhatikan gerak-gerinya khususnya berkaitan hubungan mereka dengan pelajar-pelajar kelas mereka.

Illuminati amat takutkan golongan ini kerana mereka sentiasa menjadi perangsang semangat kepada pelajar-pelajar mereka yang berjemaah malah masa dan harta benda mereka juga diinfakkan untuk kerja-kerja amal jemaah.

Bagi Illuminati, golongan kecil ini boleh menjadi faktor penyebab lahirnya pejuang-pejuang Islam berstatus intelektual di peringkat global. Golongan pejuang Islam yang berstatus profesional lebih membahayakan bagi puak Illuminati kerana pemikiran mereka ‘out of box’ dan manhaj yang dipegang juga kukuh dan sukar tergelincir dari landasan jihad.

Apabila Jemaah Mempunyai Ilmu Konspirasi, ia lebih membahayakan Illuminati

Apabila seseorang ahli Jemaah mempunyai pengetahuan dalam hal ehwal konspirasi Zionis, sudah pasti ia menjadi batu bara untuk golongan Illuminati kerana golongan seperti ini sudah pasti tidak duduk diam sahaja memerap ilmu-ilmu itu melainkan ianya dikaji dan disebarkan dengan pelbagai cara.

Jemaah yang mempunyai pengetahuan konspirasi Illuminati kemungkinan boleh menjadi penghalang utama kepada perancangan Illuminati untuk menyerap masuk ke dalam parti-parti Islam. Jemaah seperti ini akan sentiasa bertindak memerhati dan menyelongkar segala macam anasir-anasir yang dikira boleh merosakkan parti-parti Islam.

Jemaah sebegini sangat proaktif dalam membentuk mekanisme khusus bagi menapis agen-agen tersembunyi di dalam kepimpinan parti.

Kemungkinan juga pihak Illuminati hanya boleh memilih jalan menamatkan riwayat golongan ini dengan segala macam kejutan yang tidak diduga bagi memastikan perancangan mereka berjalan dengan sempurna. Namun hakikatnya golongan ini sukar dikesan dan dibukakan rahsia hati mereka.

Baitul Muslim adalah hakikat ketakutan Illuminati

Di dalam jemaah harakah Islamiyah yang bergerak di IPT-IPT sekarang ini, hanya ada satu perkara yang pada pandangan kami paling ditakuti oleh Illuminati. Perkara itu ialah Baitul Muslim.

Walaupun agak ganjil bunyinya tetapi perlaksaan Baitul Muslim di semua peringkat harakah Islamiyah kiranya boleh menggugat perancangan Illuminati secara jangka panjang. Ini kerana, objektif Baitul Muslim (BM) adalah melahirkan keluarga Muslim yang berfikrah Islam melalui pasangan-pasangan yang sama fikrahnya.







Mahasiswa yang berjemaah walaupun tidak aktif sudah pasti akan terpahat dalam dirinya akan mendidik seluruh ahli keluarganya kelak agar menyertai jemaah. Apabila ramai ahli jemaah dikalangan golongan muda berpelajaran tinggi maka jarum-jarum sekular yang menyuntik dunia ilmu Islam sejak ratusan tahun dahulu mudah dikeluarkan.

Kesimpulan

Setiap konspirasi dari Illuminati dalam meranapkan harapan masyarakat Islam secara hakikatnya dapat dilihat akan menjurus kepada menghancurkan jemaah harakah islamiyah dalam apa cara sekali pun. Meskipun perancangan Illuminati itu untuk memusnahkan jemaah Islam seluruh dunia tidak dinyatakan secara zahiriah dan bertulis tetapi hambatan waktu yang menimpa ke atas setiap jemaah Islam di seluruh dunia membuktikan jemaah sangat dibimbangi Illuminati.

Illuminati sedar jemaah adalah satu-satunya tentera tersembunyi tanpa senjata bagi masyarakat Islam yang akan melancarkan daulah Islamiyah secara serentak di bawah pengawasan ulama’.

Illuminati juga sedar cara terbaik menghalang pengaruh jemaah ini adalah dengan menguasai sistem-sistem politik dalam negara dari segenap sudut dan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang berfahaman sekular sebagai jambatan aliran perancangan mereka.

sumber:

http://ibnuyaacob.com/?p=1364

Leia Mais

Are U Caring Our Rasulullah..???






The Chosen One By : Maher Zain

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One.



Leia Mais

Introduction&taaruf from me.




“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”(surah Ar.ra’d : 11)

“sekali air bah,sekali pantai berubah…Tetapi bagaimanakah dengan makhluk yang bernama manusia?

Ya,setiap hari kita berdepan dengan pelbagai karenah kehidupan yang mengajar erti kehidupan apatah lagi kita bergelar sebagai muslim.sama ada perubahan negative mahupun positif,kita harus mendepani dengan seelok mungkin berdasarkan al-quran&sunnah.Wah,apa perubahan yang kita alami??As a mahasiswa,saya yakin kita akan ditemani pelbagai cabaran dan dugaan,sama ada mahasiswa muslim & non-muslim,Apa yang pasti,perubahan merupakan satu keperluan kerana perubahan adalah satu tuntutan kehidupan manusia sebagai makhluk Allah.setiap orang islam perlu mempunyai dan ditanam dengan kefahaman,semangat dan cita-cita untuk berubah.Berubah dari benda yang buruk kepada benda yang baik dalam semua aspek kehidupan kita.dari sifat mazmumah kepada sifat sifat mahmudah.Disebabkan itu,Allah telah mewajibkan membaca Al-Fatihah dalam setiap solat.ayat yang ke-6,yang bermaksud “Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.Tanda Tanya disini,bagaimanakah jalan yang lurus itu dan ingin memperolehnya??jika kita tidak tidak melakukan sebarang perubahan dan berkorban untuknya??So,don’t fear to make a change in our life.
Pengenalan dari Tuan Punya Blog ini dalam kita berKongsi Pengalaman !!!..a.l.a.m.i.n.d.a merupakan blog susulan dr an-nasr89.blogspot.com.sila melayari dengan rahmat&keampunan Allah.

Syukran,Terima Kasih,Thank You.

مع السلامة
Leia Mais
Subscribe to Feed


a.l.a.m.i.n.d.a. h.i.w.a.r


ShoutMix chat widget

Singgah

Followers

 

About You!

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Cras id arcu nulla. Donec eu risus nisl, id cursus justo. Proin non mauris enim, eu suscipit libero. Fusce eget nunc nibh. Integer elementum consectetur sagittis. Quisque adipiscing auctor risus, id vulputate eros auctor vel. Vivamus pellentesque arcu vel libero eleifend sed aliquam

Free CSS Template by CSSHeaven.org TNB